Home Tempatan Zulhasnan Rafique dilantik duta Malaysia ke AS

Zulhasnan Rafique dilantik duta Malaysia ke AS

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Zulhasnan yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan itu menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

SHARE
Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.

(Free Malaysia Today) KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, Zulhasnan menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Zulhasnan pernah menyandang jawatan menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau juga bekas ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan ahli Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.

Sejak 2014, Zulhasnan merupakan canselor Geomatika University College Malaysia.

Free Malaysia Today

Comments