Home Antarabangsa Zuckerberg beli halaman akhbar siar permohonan maaf

Zuckerberg beli halaman akhbar siar permohonan maaf

SHARE

GLOBAL l Mark Zuckerberg membeli iklan satu halaman di akhbar-akhbar Britain pada Ahad bagi menyiarkan permohonan maaf berhubung data 50 juta penggunanya yang jatuh ke tangan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

Memetik laporan Reuters, iklan itu yang menggunakan tulisan hitam dan logo Facebook bersaiz kecil dengan latar belakang putih disiarkan di edisi Ahad akhbar-akhbar Britain, termasuk The Observer – salah satu akhbar yang membuat liputan terhadap isu itu.

“Kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi maklumat anda. Jika kami gagal, kami tidak layak melakukannya,” kata iklan itu yang ditandatangi Mark selaku pengasas dan ketua pegawai eksekutif Facebook Inc.

Terdahulu, pemberi maklumat mendakwa Cambridge Analytica secara salah dapat mengakses maklumat pengguna laman sosial terbesar itu untuk mendapatkan profil pengundi Amerika Syarikat yang akhirnya menyumbang kepada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada 2016.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments