Home Tempatan “Zakir Naik tidak menghina, penganut Hindu perlu betulkan kesilapan” – Dr Rozaimie...

“Zakir Naik tidak menghina, penganut Hindu perlu betulkan kesilapan” – Dr Rozaimie Ramle

SHARE

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas Dr Rozaimie Ramle mendakwa adalah menjadi tanggungjawab kepada penganut agama Hindu untuk membuktikan kepada Dr Zakir Naik bahawa apa yang dihujahkan beliau tentang agama Hindu adalah salah.

Beliau berkata sedemikian pada satu forum ‘Islam, Jihad Dan Demokrasi’ yang dianjurkan oleh sebuah badan pemikir di ibukota baru-baru.

“Mesti dijawab dengan hujah. Dia membuktikan apa yang dia faham daripada teks Hindu. Kalau tidak betul, sila perbetulkan”.

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan usaha sesetengah pihak yang menyaman kerajaan Malaysia kerana dikatakan telah membenarkan ekstremis seperti Dr Zakir Naik bebas dalam negara ini.

“Lawan hujah dengan hujah dan bukannya lawan hujah dengan undang-undang”.

Siti Kassim dan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy bersama dengan 17 yang lain telah menyaman kerajaan Malaysia kerana (bersama dengan beberapa individu lain) telah menyaman kerajaan Malaysia, mahukan Dr Zakir Naik dibuang negara.

Dr Zakir Naik juga dituduh kumpulan tersebut sebagai menggalakkan ‘terrorisme’ di Malaysia adalah mengancam keselamatan dalam negara dan keharmonian.

Comments