Home Tempatan Zakat disalurkan dengan efektif: LZNK

Zakat disalurkan dengan efektif: LZNK

SHARE

LANGKAWI: Sebanyak RM2.3 juta diagihkan kepada asnaf seluruh pulau ini, berbanding RM2.1 juta hasil kutipan zakat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman, berkata jumlah agihan melebihi kutipan itu berlaku akibat peningkatan bilangan asnaf dan penambahan skim pembiayaan oleh LZNK.

“Sebanyak RM2,298,478.62 diagihkan kepada 3,278 penerima terdiri daripada asnaf berbanding hasil kutipan RM2,083,875.12 bagi seluruh Langkawi sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

“Walaupun masih berbaki enam bulan untuk mendapatkan jumlah kutipan bagi tahun ini namun jelas sekali tidak timbul isu wang zakat yang terkumpul tidak dibelanjakan terutama untuk asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat dan Taklimat Isu-Isu Semasa Zakat Negeri Kedah di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Kedah, Mohamad Zaki Husin dan Pengurus Zakat Daerah Langkawi, Yusuf Ahmad.

Pada majlis itu, Zakaria menyerahkan replika cek berjumlah RM174,000 kepada Mohd Kamal sebagai sumbangan zakat untuk diagihkan kepada 29 sekolah rendah dan menengah sekitar Langkawi dengan masing-masing menerima RM6,000.

Berita Harian

Comments