Home Tempatan Zairil Harus Berhenti Menghina Jemaah Tabligh

Zairil Harus Berhenti Menghina Jemaah Tabligh

SHARE

PULAU PINANG: Zairil Khir Johari tidak harus memandang rendah terhadap jemaah Tabligh tegur Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat. Tidak ada salahnya dengan kegiatan dakwah yang dibuat oleh jemaah Tabligh untuk mereka diperlekehkan.

Menurut Dr. Mohd Zuhdi juga sememangnya telah wujud kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian dalam PAS seperti yang dilakukan oleh jemaah Tabligh.

Dasar ini dilakukan untuk melahirkan pimpinan PAS yang berakhlak tinggi dan berintegriti, bukan pimpinan yang jauh dari landasan Islam. PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinis seperti yang dilahirkan oleh DAP.

“Sepatutnya, sebagai seorang Islam, Zairil Khir juga wajar melakukan usaha seumpama itu (penyucian diri dan pengukuhan kerohanian).”

“Saya juga mengingatkan DAP agar jangan memandang rendah kepada jemaah Tabligh. Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dengan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGOs Islam yang lain, jika digembleng akan mewujudkan tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” tambah Dr. Mohd Zuhdi lagi.

Comments