Home Antarabangsa Yaman suling bekalan air bendung wabak taun

Yaman suling bekalan air bendung wabak taun

SHARE
Penduduk mengumpul air minuman bekalan air paip dari badan amal untuk mengelak dari penularan taun di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS

SANAA: Pihak berkuasa di ibu kota Yaman yang dikuasai pemberontak menyuling bekalan air telaga, rangkaian pengaliran dan rumah untuk membantu mengekang penularan taun terburuk dunia.

Hampir empat tahun perang antara tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi dan pemberontak Houthi memburukkan penjagaan kesihatan dan sistem kebersihan di Yaman, menyaksikan 1.2 juta kes disyaki taun dilaporkan sejak 2017. dengan 2,515 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Oktober lalu wabak itu menular dengan pantas sekali lagi dengan kira-kira 10,000 kes disyaki dilaporkan setiap minggu, menggandakan purata kematian untuk lapan bulan pertama 2018.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments