Home Tempatan Wujudnya Gerakan Kristiankan Umat Islam – Dato’ Wan Zahidi Wan Teh

Wujudnya Gerakan Kristiankan Umat Islam – Dato’ Wan Zahidi Wan Teh

SHARE

Serdang, Selangor: Wujudnya gerakan atau kumpulan yang mempunyai agenda besar hanya untuk mengkristiankan umat Islam.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Dato’ Wan Zahidi Wan Teh yang menyuarakan kebimbangan beliau.

“Terdapat kumpulan yang tujuan mereka yang besar adalah bertujuan untuk mengkristiankan umat Islam,” ujar beliau.

Kebimbangan beliau ini disuarakan sewaktu dalam program Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 kali kedua yang diadakan di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor.

Sehubungan itu, beliau menggesa dan menyeru umat Islam untuk bersatu dan terus mendaulatkan Islam di Malaysia ini.

Comments