Home Tempatan Wendy Ng Positif Dadah, Nur Dhabitah Pertimbang Serah Pingat Emas

Wendy Ng Positif Dadah, Nur Dhabitah Pertimbang Serah Pingat Emas

SHARE

Kuala Lumpur: Penerjun Kebangsaan Nur Dhabitah Sabri, walaupun kecewa, namun rela untuk memulangkan pingat emas yang dimenanginya dengan Wendy Ng Yan Yee, jika Persekutuan Sukan SEA mahu ianya ditarik balik setelah rakan seacaranya itu didapati positif dadah.

Pingat emas tersebut dimenangi bagi acara 3m Papan Luncur Serentak Wanita di Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur (KL2017).

“Saya mahu Wendy tahu, kami, pasukan skuad kebangsaan akan sentiasa bersama-sama untuk meningkatkan semangat Wendy dalam isu doping.”

Semalam sebuah portal melaporkan bahawa Wendy disahkan telah mengambil bahan yang dilarang, Sibutramine, biasanya ditemui dalam produk pelangsingan, selepas sampel B yang diuji di Agensi Anti Doping Sedunia (WADA) di New Delhi pada 11 Oktober juga positif.

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) bagaimanapun berhasrat membuat permohonan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan SEAGF untuk pengeluaran hanya satu pingat individu yang dimenangi oleh Wendy.

Comments