Home Tempatan Waspada agenda tersirat perjuangan feminisme

Waspada agenda tersirat perjuangan feminisme

SHARE

SHAH ALAM, 19 Muharram 1439H, Isnin – Kebanyakan gerakan memperjuangkan feminisme di negara ini bukan atas dasar golongan teraniaya, sebaliknya menjadi ‘boneka’ yang ditakluk oleh badan-badan asing untuk membawa agenda tersembunyi.

Ahli Jawatankuasa Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Nurhidayah Ismail berkata, gerakan feminisme juga mempunyai pelbagai jenis tahap keikhlasan yang boleh dinilai dari beberapa aspek.

“Jika di Malaysia, agaknya tahap keikhlasan yang bagaimana? Tinggi atau rendah? Pertama kita lihat bagaimana gerakan ini hidup.

“Jika ia hidup atas dasar menerima dana daripada badan-badan luar yang mempunyai agenda tertentu, maknanya tahap keikhlasannya mungkin rendah,” katanya dalam forum ‘Sama Rasa, Sama Rata’ pada Seminar Fiqh Wanita, Feminisme dan LGBTQ: Nafsu atau Wahyu? di sini, hari ini.

Daripada itu, katanya, kita boleh menilai sama ada gerakan tersebut benar-benar memperjuangkan hak wanita atau sebaliknya menjadi medium melaksanakan agenda tersembunyi pihak lain.

“Ia bukan lagi memperjuang tetapi mensabotaj wanita dan Islam itu sendiri. Lihat bagaimana mereka hidup, agenda mereka dan dana yang diperoleh.

“Mereka sangat pandai menggunakan emosi wanita untuk menarik ramai orang menyokong agenda mereka sehingga kita bersimpati. Tetapi bersimpati itu juga perlu bersifat objektif.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments