Home Tempatan Wartakan Hutan Merapoh sebagai hutan simpan kekal

Wartakan Hutan Merapoh sebagai hutan simpan kekal

SHARE

KUALA LIPIS: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya kawasan hutan di Merapoh yang diluluskan untuk pembangunan kawasan pertanian diwartakan sebagai hutan simpan kekal.

Tengku Abdullah bertitah, langkah itu perlu memandangkan Hutan Merapoh berada dalam kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai khazanah alam semula jadi dan mampu menarik kunjungan pelancong.

“Saya hendak kawasan ini dibaiki semula. Kawasan hutan belum diteroka ditukarkan status kepada hutan simpan kekal supaya tidak diteroka pada masa depan,” titahnya selepas menerima taklimat dalam lawatan ke kawasan pembalakan di Hutan Merapoh dekat sini, hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments