Home Tempatan Warkah anak istimewa buat mufti terharu

Warkah anak istimewa buat mufti terharu

SHARE

SHAH ALAM – Seorang anak muda istimewa, Wan Azmeen Aiman Wan Ahmad menghantar sepucuk surat buat  Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr  Zulkifli Mohamad Al-Bakri seterusnya membuatkannya terharu.

Dalam surat tersebut, Wan Azmeen sempat meminta agar ‘Datuk Mufti’ mendoakan dirinya yang bakal mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini.

“Assalamualaikum Yang Berbahagia Datuk Mufti, mohon doakan saya Wan Azmeen tahun ini akan menduduki ujian UPKK, saya ingin menjadi seorang yang hafaz Quran (Al-Hafiz).

“Saya reda sebagai seorang anak autisme dan boleh berjaya seperti insan lain. Semoga Datuk Mufti sentiasa dalam sihat, dilindungi ALLAH SWT dan terus berdakwah buat semua ummah,” tulisnya dalam surat tersebut.

Sementara itu, Zulkifli kemudiannya memuat naik surat tersebut di laman Facebook miliknya dan meluahkan rasa terharu beliau atas kiriman anak istimewa itu.

“Menyantuni anak istimewa bernama Wan Azmeen, saya merasa terharu dengan warkah yang dikirim oleh dirinya.

“Kami lampirkan warkah  penuh makna ini agar kita sama-sama berdoa untuk anak ini dan semoga dia menjadi anak yang soleh serta menjadi generasi al-Quran. Amin,” tulisnya.

Sinar Online

Comments