Home Tempatan Warisan sejarah, bahasa kebangsaan asas jati diri rakyat – Agong

Warisan sejarah, bahasa kebangsaan asas jati diri rakyat – Agong

SHARE

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap penghayatan warisan sejarah negara dan penguasaan bahasa kebangsaan diperkukuhkan sebagai asas jati diri rakyat di negara ini.

Baginda bertitah, ia membentuk perpaduan yang menjadi inti pati kepada keamanan serta kesejahteraan hidup rakyat, sekali gus menjamin kestabilan negara.

Sultan Muhammad V turut mengalu-alukan peningkatan skor Indeks Syariah Malaysia yang menjadi satu komitmen kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran negara berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dalam hal ini, nilai kesederhanaan yang sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia juga mendapat keyakinan dunia apabila resolusi bagi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi yang dikemukakan Malaysia diterima dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” titah baginda.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments