Home Antarabangsa Wanita Palestin cedera ditembak tentera Israel

Wanita Palestin cedera ditembak tentera Israel

SHARE
Israelis paramedics transport a Palestinian woman, who was shot and wounded by Israeli security forces upon failing to heed to repeated orders to halt, near the Qalandia checkpoint, between Jerusalem and the occupied West Bank, on February 27, 2017. The 30-year-old from Kufr Akab village aroused the guards' concerns when she walked toward them at the Qalandia checkpoint, using the vehicle-only lane "all the time clutching her handbag in a way that made them suspicious," police spokeswoman Luba Samri wrote in a statement. / AFP PHOTO / ABBAS MOMANI

QALANDIYA: Seorang wanita Palestin cedera ditembak tentera Israel di pusat pemeriksaan Tebing Barat memasuki Baitulmaqdis kerana disyaki cuba menyerang pengawal rejim Zionis.

Wanita berusia 30 tahun berjalan ke arah pengawal di pusat pemeriksaan Qalandiya menggunakan lorong kenderaan sahaja dikatakan memegang beg tangannya sepanjang masa dengan cara yang mencurigakan.

Jurucakap polis, Luba Samri, dalam satu kenyataan berkata, wanita itu juga tidak menghiraukan arahan supaya berhenti menyebabkan polis melepaskan tembakan.

Wanita itu cedera ringan dan dibawa mendapatkan rawatan, kata Samri, tanpa menjelaskan jika barangan disyaki ditemui dalam begnya.

Sejak gelombang keganasan tercetus pada Oktober 2015, 252 penduduk Palestin terkorban selain 41 penduduk Israel, dua Amerika Syarikat, seorang warga Jordan, seorang Eritrea dan seorang rakyat Sudan. – AFP

Berita Harian

Comments