Home Antarabangsa Wanita Nigeria diusir Boko Haram, anjur protes

Wanita Nigeria diusir Boko Haram, anjur protes

SHARE
WANITA Nigeria diusir Boko Haram dari rumah mereka. - Foto ihsan AFP /Stefan Heunis

MAIDUGURI: Ribuan wanita Nigeria yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat kegiatan Boko Haram mengadakan protes semalam menuntut situasi lebih baik ketika wakil khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkunjung ke kem mereka.

Penunjuk perasaan menuduh pihak berkuasa tempatan dan agensi bantuan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dianggap terburuk di dunia itu.

Menurut PBB, ia mengakibatkan seluruh timur laut Nigeria di ambang kebuluran.

Mereka juga menuduh agensi bantuan tempatan mengubah bantuan yang sepatutnya kepada 15,000 pelarian yang tinggal di kem Teachers Village berhampiran bandar bergolak Maiduguri.

Wartawan AFP melaporkan, kumpulan wanita terbabit mengadakan bantahan ketika 15 duta badan pembuat keputusan tertinggi PBB itu melawat kem di timur laut Nigeria, cuba menarik perhatian global terhadap keadaan kecemasan menjejaskan lebih 21 juta penduduk di rantau Tasik Chad.

Rantau ini termasuk Nigeria, Chad, Cameroon dan Niger. Wakil PBB berkenaan melawat semua empat negara dalam misi mereka, bermula Jumaat lalu di Cameroon dan akan berakhir hari ini di Abuja. – AFP

Berita Harian

Comments