Home Antarabangsa Wanita menang kes diskriminasi

Wanita menang kes diskriminasi

SHARE
GAMBAR hiasan. - Sumber www.faz.netNSTP

BERLIN: Seorang wanita Islam diberi pampasan hampir 9,000 euro (RM42,573) selepas mahkamah mendapati ibu kota Jerman itu mengamalkan diskriminasi dengan menafikan haknya untuk mengajar kerana memakai tudung.

Beliau menang dalam kes rayuan di mahkamah Berlin-Brandenburg dalam kes beliau dilarang mengajar di sekolah rendah Berlin.

Ketua Hakim, Renate Schaude, dipetik akhbar The Local sebagai berkata wanita berkenaan didiskriminasi dan disebabkan pemakaian tudung tidak menjejaskan keamanan sekolah, tindakan terhadap wanita itu tidak sah.

Wanita berkenaan kalah dalam kes itu tahun lalu apabila sekolah terbabit menegaskan peraturan bermakna tiada seorang pun dibenarkan memakai lambang agama di sekolah.

Namun pada 2015, Mahkamah Perlembagaan Jerman memutuskan larangan pemakaian tudung di sekolah kerajaan tidak mengikut Perlembagaan, kecuali tudung didapati mendatangkan bahaya kepada sekolah.

Selepas keputusan itu, beberapa negeri perlu menyemak semula peraturan, juga kerana mereka memberi memberi keistimewaan kepada simbol Kristian. – AGENSI

Berita Harian

Comments