Home Tempatan Wanita maut akibat rabies di Sarawak

Wanita maut akibat rabies di Sarawak

SHARE

KUCHING: Seorang wanita menjadi mangsa terbaru wabak anjing gila atau rabies di negeri ini selepas disahkan meninggal dunia 5.01 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, dua hari lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita berusia 21 tahun itu berasal dari Kampung Koran Bari, Serian mempunyai sejarah digigit anjing peliharaan bapanya pada 20 April lalu sehingga mengalami luka.

Menurutnya, mangsa kemudiannya sudah mendapatkan suntikan vaksin anti-tetanus di Hospital Serian pada hari sama sebelum dinasihatkan untuk menerima rawatan di Klinik Gigitan Anjing di hospital sama keesokannya.

“Bagaimanapun wanita terbabit tidak pergi ke klinik berkenaan seperti yang diarahkan pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dikejarkan ke HUS pada 20 Mei lalu kerana mengalami kesakitan dan lemah pada bahu kanan sejak empat hari.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments