Home Tempatan Wanita Kristian Aceh, Pilih Hukuman Syariah

Wanita Kristian Aceh, Pilih Hukuman Syariah

SHARE

PUTRAJAYA: Wanita Kristian yang didakwa dikenakan hukuman Hudud di Acheh, Indonesia yang menjadi viral di Malaysia sehingga digunakan sebagai hujah oleh golongan bukan Islam dan anti Pindaan RUU 355 khasnya kumpulan BEBAS tempoh hari bahawa Hudud juga dikenakan ke atas golongan bukan Islam sebenarnya memilih untuk dihukum cara Syariah dengan kehendaknya sendiri kerana faktor kesihatan.

Dra Hj Zuhrah IT MH, Humas Mahkamah Syariah, Aceh Tengah mengatakan, “memang ada pilihan kurungan, tetapi pesalah (Mak Cok) memilih hukuman sebatan, kerana jika ditahan sepertinya, pesalah tidak sanggup menjalaninya dengan alasan kesihatan”.

“Setelah ada keputusan dari Majlis Hakim, justeru pesalah menerima keputusan tersebut dan tiada percubaan untuk dihukum dengan cara lain seperti bantahan mahupun rayuan. Dari sini, kita boleh simpulkan, bahawa pesalah sudah menerima keputusan itu,” tambah Zuhrah.

Wanita bukan Muslim, Remita Sinaga Alias atau lebih  dikenali sebagai Mak Cok, 60 tahun, rela diadili berdasarkan undang-undang syariah  berbanding  hukuman nasional selepas terbukti bersalah menjual minuman keras yang bertentangan dengan undang-undang di Aceh pada April tahun lalu.

Mengikut hukuman syariah, kesalahan yang dilakukan oleh Mak Cok dikenakan sebatan sebanyak 30 kali. Namun, hukuman dikurangkan kepada 28 sebatan sahaja selepas masa tahanan dipotong. Ekoran daripada itu, hukuman terhadap Mak Cok mendapat perhatian media secara meluas kerana buat pertama kalinya seorang wanita bukan Islam memilih untuk dikenakan hukuman syariah.

Mengenai pihak yang mendesak penghapusan hukuman sebatan di Aceh, Ketua Badan Legislasi (Banleg) Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Iskandar Usman Al-Farlaky menjelaskan bahawa Aceh sememangnya memiliki kuasa khusus yang membolehkan hukuman sebatan dilaksanakan dibawah Qanun Jinayah dimana hanya melibatkan orang Islam sahaja dan perkara ini sama sekali tidak boleh dipertikaikan oleh pihak lain.

Kepala Dinas Syariat Islam Aceh Prof Syahrizal Abbas mengatakan, dalam Qanun No 6/2014, warga bukan Muslim yang melakukan kesalahan yang tertakluk dibawah Qanun ini boleh memilih hukuman yang dikenakan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu diadili berdasarkan Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP) atau diadili melalui Qanun Jinayah.

“Qanun Jinayah ini tidak berlaku bagi bukan Muslim. Tapi kalau mereka mahu dihukum dengan hukum syariat, itu boleh saja,” katanya lagi.

Rujukan:

http://www.hukumonline.com/berita/baca/lt54da9dfa18fc9/dua-kategori-non-muslim-yang-bisa-terjerat-qanun-jinayah

http://news.detik.com/berita/3187827/dinas-syariat-aceh-hukuman-cambuk-untuk-non-muslim-atas-dasar-sukarela

http://aceh.tribunnews.com/2016/10/25/ketua-banleg-dpra-yang-tolak-hukuman-cambuk-tak-paham-aceh

http://aceh.tribunnews.com/2016/04/15/cambuk-sesuai-qanun-jinayat

Comments