Home Antarabangsa Wanita Islam saman polis NY dipaksa tanggal hijab

Wanita Islam saman polis NY dipaksa tanggal hijab

SHARE
FOTO hiasan.

NEW YORK: Seorang wanita Islam memfailkan saman di sebuah mahkamah di bandar raya ini, mendakwa pegawai polis memaksanya menanggalkan hijab dan mengambil gambar selepas melakukan ‘tangkapan salah.’

Rabab Musa, 34, dalam saman di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dirinya ‘ditangkap secara salah’ pada September lalu ketika meninggalkan restoran Starbucks di Midtown.

Rabab mendakwa, dia diarak ke seluruh balai polis Midtown oleh pegawai polis yang mengambil gambarnya selepas mengarahkannya menanggalkan tudung.

Menurut laporan akhbar New York Daily News memetik dokumen mahkamah, mangsa berkata, polis membawanya ke pusat penempatan di Midtown South Precint dan dipaksa menanggalkan tudung, jelas melanggar haknya dan hijab itu dirampas.

Rabab dipetik sebagai berkata, dia ditempatkan dalam sel bersama-sama tahanan lelaki.

Dia juga mendakwa, dibawa ke balai polis Brooklyn sebelum dibogelkan untuk tujuan siasatan.

Bagaimanapun, sumber polis memberitahu, Rabab tidak diarahkan berbogel.

Polis juga mendesak Rabab ‘mengaku apa yang dilakukannya’, tanpa menjelaskan lanjut. Dia kemudian dibebaskan selepas enam jam tanpa didakwa.

Berita Harian

Comments