Home Antarabangsa Wanita Berkahwin Dengan Pak Nyah Terkejut Pada Malam Pertama

Wanita Berkahwin Dengan Pak Nyah Terkejut Pada Malam Pertama

SHARE

Seorang wanita dilaporkan telah jatuh pengsan setelah mengetahui bahawa ‘lelaki’ yang baru dikahwininya itu sebenarnya merupakan seorang wanita.

Pasangan pengantin baharu dari Kerala, India itu telah menjalinkan hubungan selama 7 tahun sebelum berkahwin, demikian menurut laporan oleh saluran berita The Star.

‘Lelaki’ atau Pak Nyah yang dikenali sebagai Sri Ram itu kini telah ditahan polis atas tuduhan menipu.

Pak Nyah tersebut ditahan setelah mangsa, pengantin perempuan mengadu kepada kedua ibu bapanya yang kemudiannya telah membuat laporan polis.

Ibu bapa mangsa pada awalnya menentang perhubungan tersebut, namun mengalah dan membenarkan anak perempuan mereka “berkahwin” dengan Sri Ram.

Pada hari perkahwinan pula, ibu bapa Sri Ram tidak menghadirkan diri, tetapi Sri Ram berjaya memujuk keluarga perempuan untuk meneruskan majlis tersebut.

Comments