Home Tempatan Wang kripto salah guna logo BNM, Jata Negara

Wang kripto salah guna logo BNM, Jata Negara

SHARE

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan, ia tidak pernah memberi kuasa atau menyokong platform mata wang kripto yang dikenali sebagai Coinzer.

BNM menerusi kenyataan di sesawang rasminya, berkata penggunaan logo BNM dan Jata Negara pada reka bentuk duit syiling fizikal seperti yang ada dan digunakan pada laman web Coinzer dibuat tanpa kebenaran bank pusat itu.

“Mata wang digital adalah tidak sah di Malaysia. Sehubungan itu, mata wang digital tidak dilindungi pengaturan atau standard pengendalian pasaran berhemat yang terpakai kepada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments