Home Tempatan Wan Ji Wan Hussin Ditahan Polis Selepas Menyampaikan Khutbah

Wan Ji Wan Hussin Ditahan Polis Selepas Menyampaikan Khutbah

SHARE

PULAU PINANG: Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Saifuddin Nasution Ismail telah mengesahkan penahanan Ustaz Wan Ji Wan Hussin sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Ustaz Wan Ji kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.”

Perihal penangkapan Pegawai Penerangan (Agama) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tersebut juga boleh disaksikan live daripada beberapa akaun Facebook.

Namun demikian, ketika dihubungi wartawan Menara.my, pegawai di IPD menyatakan bahawa Ustaz Wan Ji tidak ada di balai tersebut pada waktu itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Saifuddin Nasution Ismail, “Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan.”

Terdapat juga mesej-mesej tular yang mengatakan Wan Ji Wan Hussin dibawa ke Bukit Aman.

Sebelum ini, sebuah video tular menyaksikan lelaki yang didakwa sebagai Wan Ji Wan Hussin bercakap tentang penukaran sistem monarki kepada republik menjelang 2030 yang mendapat kecaman ramai netizen.

Comments