Home Tempatan Walau diganggu Ahli Parlimen kafir Hadi Awang tetap bentang RUU 355

Walau diganggu Ahli Parlimen kafir Hadi Awang tetap bentang RUU 355

SHARE

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1438H, Khamis – Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.

Walaupun, pada awalnya beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain bangun mempertikaikan keperluan pembentangan itu dan kebenaran diberikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, namun Presiden PAS itu bangun membentangkan RUU berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

“Saya berdiri hari ni sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat untuk membawa rang undang-undang. Izinkan saya mengungkap syukur alhamdulillah kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang telah mengizinkan saya bentangkan usul Akta 355 buat kali ketiga,” katanya.

Beliau berkata, akta asal telah diluluskan 50 tahun lalu dan hanya dipinda pada 1985 dan apa yang hendak beliau bentangkan itu bukannya akta baharu seperti digembar-gemburkan sesetengah kumpulan, sebaliknya meminda akta sedia ada.

Katanya, pindaan Akta 355 diperlukan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah, yang mana bidang kuasa jenayahnya adalah amat terbatas, serta kedudukannya juga lebih rendah daripada Mahkamah Majestrit.

“Memurtadkan orang hanya boleh didenda RM5,000. Adakah begini rendah nilai akidah muslim? Muslim tidak bertanggungjawab kepada isteri, tinggalkan bertahun-tahun, berpoya-poya berbanding puluhan ribu atau ratusan ribu (hukuman) di mahkamah sivil. Di manakah lindungan untuk wanita Muslim?,” katanya.

Menjelaskan bahawa pindaan Akta 355 itu tidak membabitkan rompakan atau mencuri, beliau berkata, kes seperti rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, adalah di bawah bidang kuasa polis.

Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen bukan Islam tidak mempunyai hak untuk membantah pindaan itu kerana ia tidak memberi kesan kepada mereka, sebaliknya hanya umat Islam boleh dibicarakan mengikut akta itu.

Katanya, hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.

“Sebatan dalam Islam bukan sebatan sivil, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tak berat dan tidak ringan. (Tangan) tak boleh angkat lebih tinggi dari kepala, tak boleh menyiat kulit, tak boleh cederakan, untuk malukan bukan cederakan.

“Kalau orang kurus kalau sebat kena tulang, Rasulullah suruh guna seratus batang ranting dan sebat sekali sahaja. Jangan main-main dengan hak orang Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau kemudian meminta usul itu dibahaskan.

Terdahulu, pada awalnya, beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR bangun ‘menganggu’ kebenaran diberikan Pandikar Amin kepada Abdul Hadi.

Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain, tetapi Pandikar Amin menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, malah Abdul Hadi juga pernah meminta menangguhkan usul itu sebelum ini. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula berkata, Speaker telah menerima notis tuntutan mahkamah untuk menyekat usul Hadi.

Dia merujuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), apabila Pandikar Amin menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah.

Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bagaimanapun bangun dan berkata injunksi sama difailkan pada Jun lalu, untuk menyekat usul Hadi, tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolaknya.

Pandikar Amin membaca contoh Parlimen India yang subjudis tidak boleh menghalang undang-undang daripada digubal.

“Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak,” katanya.

Gobind yang bersetuju bahawa injunksi tidak boleh dibuat terhadap Dewan rakyat, bagaimanapun, berkata dewan mempunyai Peraturan Mesyuarat yang menetapkan bahawa jika terdapat injuksi mahkamah, maka Peraturan Mesyuarat menghalang perkara itu daripada dibahaskan, walaupun ini tertakluk kepada budi bicara Speaker.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, perkara itu tidak boleh dianggap akan dibawa ke mahkamah hanya kerana writ saman dihantar kepada responden.

“Ketika ini, saman belum lagi dibicarakan di mahkamah, oleh itu ia tidak subjudis,” kata Takiyuddin.

Pandikar memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam penggubalan undang-undang, sambil menambah bahawa keputusan sama juga dibuat di Australia dan New Zealand.

“Parlimen adalah badan tertinggi dalam menggubal undang-undang, kamu tidak boleh melarangnya,” katanya.

Pertikaman lidah juga berlaku antara Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dengan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang menjerit mengatakan Kit Siang sudah ‘semakin tua semakin gila’.

Pandikar Amin menjelaskan Hadi berhak untuk membentangkan usulnya, tetapi Kit Siang membantahnya denganberkata, ianya bukan keputusan Kabinet, kerana presiden MCA atau Presiden MIC membantahnya.

Comments