Home Tempatan Video Tular Pemuda Bertatu Kalimah Allah Di Betis Mengundang Kemarahan Umat Islam

Video Tular Pemuda Bertatu Kalimah Allah Di Betis Mengundang Kemarahan Umat Islam

SHARE

KUALA LUMPUR: Sebuah video tular rakaman seorang pemuda berseluar pendek berjalan-jalan menayangkan tatu yang tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan Arab di betis kanannya telah mengundang kemarahan para netizen dari kalangan beragama Islam.

Laman Facebook ‘Nokharom morahkon’ yang memuatkan video tersebut mendakwa bahawa rakaman itu dibuat di sekitar Jalan Yap Kwan Seng.

Salah seorang netizen mendakwa lelaki dalam video tersebut secara terang-terangan sengaja membuat provokasi dengan mencacah tatu nama ‘Allah’ di kakinya, lalu memakai seluar pendek untuk menunjuk tatunya di kaki sambil berjalan di Kuala Lumpur.

Ramai netizen membangkitkan perihal ‘dobi mesra Muslim’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati serta kesedihan mereka atas provokasi berterusan ke atas sensitiviti umat Islam sejak kebelakangan ini.

Beberapa tahun dahulu, graduan pengajian tinggi Singapura, Alvin Tan, yang kini merupakan seorang pelakon filem lucah pernah dengan sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam dengan memuat naik gambarnya terkangkang dengan tatu tertulis “Allah” dalam tulisan Arab di laman Facebooknya. Alvin Tan kini berada di Amerika Syarikat setelah melarikan diri daripada satu kes mahkamah.

Dalam perkembangan lain, kelmarin polis mengesahkan sedang menyiasat Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari di bawah Akta Hasutan 1948 setelah sebuah portal menuduh beliau menyelar Sultan Johor dan membidas Cina tidak bersih.

Comments