Home Tempatan Video Seks Anjing Namewee, Depan Masjid Putrajaya?

Video Seks Anjing Namewee, Depan Masjid Putrajaya?

SHARE

Putrajaya: Aksi tarian lucah mirip pelakuan seks kumpulan penari yang memakai topeng anjing berdekatan Masjid Putrajaya telah dijadikan sebagai penyeri klip muzik video terbaru Wee Meng Chee, penyanyi kontroversi yang pernah dikatakan menghina seruan Azan suatu ketika dulu, yang lebih dikenali sebagai Namewee.

Rakaman video lagu bahasa Cina “Like A Dog” di lokasi berdekatan dengan rumah ibadat suci umat Islam itu dimulakan dengan dua “anjing” seolah-olah sedang melakukan hubungan seks, dan diakhiri dengan sekumpulan “anjing” melakukan aksi seks berkumpulan sebelum “melarikan diri” apabila terdengar bunyi siren, konon sedang dikejar oleh pihak polis.

Dalam lagu itu juga, Namewee berulang kali menyanyikan rangkap lirik yang terjemahannya berbunyi, “Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Begitu comel dan sentiasa sihat. Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Dapat tuan yang betul dan boleh hidup senang.”

Tidak lama dahulu, Namewee juga pernah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam Malaysia apabila menghasilkan sebuah klip muzik video ‘Oh My God’ yang disifatkan masyarakat umum sebagai menghina pelbagai agama, termasuk Islam yang menyaksikan pelaku terkinja-kinja dalam masjid.

Comments