Home Antarabangsa Video dedah tentera Israel heret, soal siasat kanak-kanak Palestin

Video dedah tentera Israel heret, soal siasat kanak-kanak Palestin

SHARE

BAITULMAQDIS, 26 Jamadilakhir 1438H, Sabtu –  Kumpulan hak asasi manusia Israel menyiarkan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan tentera Zionis mengepung dan menyoal siasat seorang kanak-kanak lelaki Palestin di bandar Hebron di Tebing Barat.

Dalam rakaman berkenaan, Sufian Abu Hitah berusia lapan tahun kelihatan ketakutan apabila dikerumuni sekumpulan tentera yang lengkap bersenjata.

Video itu memaparkan Sufian menangis apabila diheret dengan kasar tanpa berkasut menyusuri jalan raya di Hebron oleh tujuh anggota tentera.

Sufian dipaksa memberikan maklumat berhubung kanak-kanak lain yang disyaki melempar batu dan bom api terhadap penempatan Yahudi berdekatan.

Dalam rakaman itu, penonton dapat mendengar bagaimana Sufian memberitahu sesuatu kepada kumpulan tentera berkenaan di dalam bahasa Arab.

“Budak yang mana satu? Saya tidak tahu siapa dia,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa wanita Palestin datang menghampiri secara berani untuk melindungi Sufian, sebelum perang mulut berlaku antara mereka. – Agensi

Comments