Home Tempatan VETERAN UMNO GESA SIASAT ASRI BELA PENGGANAS

VETERAN UMNO GESA SIASAT ASRI BELA PENGGANAS

SHARE

Veteran UMNO menggesa pihak berkuasa menyiasat Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang lantang menuduh pihak polis berlaku zalim terhadap tahanan militan Siti Noor Aishah Atam.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan itu mampu menjejaskan kewibawaan polis sekaligus mencemarkan institusi mufti di negara ini.

“Mufti Perlis ini sudah melampau. Beliau mahu campur dalam bidang kerja orang lain. Dia lantang mengkritik kerajaan dengan campur tangan hal ehwal politik. Sekarang dia campur tangan dalam keselamatan negara yang menjadi tanggungjawab polis”, jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mustapha juga menyifatkan Asri mempunyai niat jahat dan bertujuan menghasut atas tindakannya yang membela Siti Noor Aishah yang dikaitkan sebagai pengamal fahaman radikal Ibnu Taimiyyah yang menghalalkan darah orang Islam yang tidak sama fahaman dengan mereka.

“Veteran UMNO bimbang pandangan radikal mufti ini yang dipengaruhi oleh fahaman Ibnu Taimiyyah akan membawa ancaman kepada negara ini”

“Fahaman ini amat merbahaya dan boleh merosakkan akidah ummah serta menimbulkan huru- hara dalam kalangan orang Islam di negara ini”,katanya.

Semalam, Asri antara individu lantang membela Siti Noor Aishah yang dikaitkan dengan gerakan militan.

Comments