Home Tempatan Valentine, Hari Raya Kapitalis

Valentine, Hari Raya Kapitalis

SHARE

Menjelang tanggal 14 Februari setiap tahun, kita disajikan dengan Hari Valentine yang disambut oleh para belia seantero dunia. Kononnya, Hari Valentine adalah hari meluahkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Walhal, kenyataan itu hanyalah retorik semata. Maksiat, hiburan, pergaulan bebas, seolah-olah menjadi budaya dan cara yang harus ada untuk menyambut Hari Valentine.

Pelik. Tiada matlamat yang jelas mengenai perayaan ini melainkan untuk memenuhi desakan nafsu semata-mata dimana ia menjadi pemangkin kepada masalah sosial yang kritikal, terutamanya dalam kalangan golongan belia.

Jika kita amati, sudah menjadi tradisi Hari Valentine ini disambut dengan memberi hadiah kepada pasangan. Keadaan ini seolah-olah membuktikan cinta itu harus dibuktikan dengan material dan kemewahan. Lihatlah lambakan coklat, pakaian, bunga, kad ucapan, patung ‘teddy bear’ dan barang kemas yang ada di pasaran sempena Hari Valentine. Semuanya hanya menguntungkan para peniaga yang sememangnya menjadikan golongan belia sebagai ‘sasaran’. Nah, keadaan ini tidak lain hanyalah konspirasi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan atas nama perayaan.

Laporan Peruncitan Kebangsaan tahun 2010 membuktikan, rakyat Amerika memperuntukkan perbelanjaan yang tertinggi untuk barang kemas berbanding produk lain sempena Hari Valentine1. Lihatlah, bagaimana kapitalis Barat memperdagangkan hari perayaan untuk kepentingan mereka. Ramai yang tertipu dan sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk perayaan yang sengaja dibentuk sementara kapitalis bersorak gembira menyaksikan kebodohan anak muda.

Hakikatnya, Hari Valentine ini tidak lain hanyalah menjadi ‘jalan’ bagi golongan kapitalis untuk memenuhi poket mereka sahaja. Apa sahaja yang membawa keuntungan kepada mereka, pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya agar matlamat mereka tercapai.

1 http://www.usnews.com/news/articles/2013/02/14/charts-the-economics-of-valentines-day

Comments