Home Tempatan Vaksin Anjing Gila Tak Cukup Tidak Betul – M Subramaniam

Vaksin Anjing Gila Tak Cukup Tidak Betul – M Subramaniam

SHARE

Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menyelar pihak yang mendakwa bahawa vaksin penyakit anjing gila tidak cukup. Bercakap di sidang Parlimen pada 25 Julai lalu, Datuk Seri Subramaniam menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan mempunyai bekalan vaksin yang cukup untuk kegunaan manusia.

Menurut Datuk Seri Subramaniam, “Penyakit anjing gila hanya boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan terutamanya anjing.”

Selepas kemunculan tanda-tanda klinikal, penyakit anjing gila membawa maut dalam hampir 100% kes.

Memandangkan penyakit ini boleh meragut nyawa, maka Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk mengekang penyebaran penyakit ini daripada merebak.

Oleh kerana vaksin untuk haiwan dan manusia adalah berlainan maka tanggungjawab untuk menyediakan vaksin untuk kegunaan haiwan pula adalah di bawah Jabatan Veterinar dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.

“So, kementerian-kementerian kesihatan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk vaksin untuk kegunaan manusia. Jabatan Veterinar dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan vaksin yang mencukupi untuk digunakan di kalangan haiwan. So, kadang-kadang perkara yang timbul seolah-olah tiada bekalan vaksin yang mencukupi itu tidak betul,” kata Datuk Seri Subramaniam.

Selain daripada memastikan bekalan vaksin itu mencukupi, kerajaan juga mengambil langkah untuk mewujudkan kawasan yang diisytiharkan sebagai rabies affected area atau kawasan yang dijangkiti penyakit anjing gila. Kawasan ini mempunyai lingkungan radius 10 kilometer.

Aktiviti pengesanan secara aktif untuk kes gigitan anjing gila akan dijalankan di kawasan-kawasan ini.

 

Comments