Home Tempatan Usaha Malaysia perangi keganasan dapat keyakinan dunia

Usaha Malaysia perangi keganasan dapat keyakinan dunia

SHARE
KUALA LUMPUR 14 FEBRUARY 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berucap ketika majlis minum petang amal Kelab Veteren Utusan Melayu (KVUM) dan tribute untuk Allahyarham ABI di Dewan Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Rangka kerja perundangan dan peraturan yang dilaksanakan Malaysia dalam memerangi pembiayaan keganasan, mendapat keyakinan dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif peraturan yang berkaitan itu menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan pembangunan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 mewajibkan institusi kewangan mengemukakan dengan segera transaksi yang mencurigakan kepada unit risikan kewangan Bank Negara Malaysia.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pengganas memerlukan banyak sumber untuk mengendalikan kemudahan latihan, mendapatkan senjata dan melakukan perjalanan bagi menyemarakkan aktiviti keji mereka.

“Tanpa dana, mereka tidak akan mampu melaksanakan sebahagian besar aktiviti mereka.

“Jumlah serangan pengganas terus meningkat dan hubungan antara serangan demikian dengan pembiayaan keganasan pula adalah amat ketara, ” katanya. BERNAMA

Berita Harian

Comments