
MAKKAH: Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Peronda Tabung Haji (TH).
Ditubuhkan sejak 2014, tugas utama anggotanya ialah mencari, mengesan dan menjadi penunjuk arah kepada jemaah haji Malaysia yang tersesat di dalam dan sekitar Masjidilharam.
Ketua Unit Peronda TH Inspektor, Abdullah Jauhari, berkata selain itu pasukannya yang diperkuatkan dengan 18 anggota turut berperanan menjaga keselamatan dan memberi bantuan awal kepada jemaah yang mengalami apa jua masalah.
Menurutnya, sebahagian besar anggota adalah kakitangan polis bantuan TH dan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).
Untuk berita penuh sila klik di sini
