Home Tempatan Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data

Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data

SHARE

KUALA LUMPUR: Undang-undang siber Malaysia, terutamanya undang-undang keselamatan siber perlu mempunyai proses dan peraturan yang lebih jelas untuk menjejak pembelian dan urus niaga dalam Bitcoin dalam kalangan rakyat bagi mengesan penipuan pembelian data.

Penyedia perkhidmatan keselamatan siber serantau, Quann Malaysia, berkata ketika ini identiti kedua-dua penjual dan pembeli tidak diketahui dan tidak boleh dikesan meskipun urus niaga yang telus.

Pengurus Besarnya, Ivan Wen berkata sudah sampai masanya untuk mengguna pakai pendekatan berbeza dalam menangani jumlah peningkatan tuntutan ransomware di seluruh dunia.

“Individu atau syarikat yang didapati membeli data bocor ini perlu dihukum. Hanya apabila pembelian berhenti, barulah penggodaman berhenti kerana tidak ada lagi pembeli untuk membiayai penggodam ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Wen juga berkata sebagai satu daripada institusi kewangan utama di dunia, Bank Negara Malaysia boleh menjadi contoh ikutan dan menghentikan penipuan pembelian data Malaysia.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments