Home Tempatan Undang-undang kawal berita palsu bukan maksud kerajaan nak kongkong pengkritik – Salleh

Undang-undang kawal berita palsu bukan maksud kerajaan nak kongkong pengkritik – Salleh

SHARE
KUALA LUMPUR: Cadangan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu bukan bermaksud kerajaan mahu mengongkong pihak yang sentiasa mengkritik kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Sebaliknya, ujarnya lagi, undang-undang itu lebih ke arah mengawal perkara-perkara yang ada kemungkinan mampu menjejaskan keharmonian negara.

“Berita palsu ini bukan sekadar merisaukan kita, tetapi juga parti pembangkang dan rakyat biasa. Kita kena bersama-sama untuk atasi perkara ini,” katanya kepada wartawan selepas berucap merasmikan Sidang Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatan kuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Katanya lagi, kerajaan merasakan perlunya ada langkah-langkah baharu untuk menangani masalah penularan berita palsu agar orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita yang tidak sahih.

Namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dilaporkan telah menolak pembentukan jawatan kuasa khas itu atas alasan, ia tidak bebas, dan ada kemungkinan undang-undang itu dijadikan senjata politik oleh kerajaan memerintah.

Namun Datuk Seri Salleh berkata, beliau yakin jawatan kuasa khas itu akan turut mendapatkan input dan pandangan daripada pihak yang mempunyai pegangan politik yang berbeza.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments