Home Tempatan Ummah Musnah Kalau Islam Tidak Didaulatkan – Dato’ Othman Desa

Ummah Musnah Kalau Islam Tidak Didaulatkan – Dato’ Othman Desa

SHARE

Serdang, Selangor: “Kalau kedaulatan Islam di negara ini dimusnahkan atau tidak ada lagi, apa akan jadi pada bangsa, apa akan jadi pada akhlak ummah?” Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Dato’ Othman Desa ketika menyampaikan tazkirah di Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 edisi Selangor yang berlangsung di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, perjuangan untuk mendaulatkan Islam wajar dimulakan dengan diri sendiri dan kemudiannya disampaikan kepada orang lain.

“Kita mulakan dengan diri kita dahulu. Kita hendak suruh orang lain daulatkan Islam, kita mulakan dengan diri kita dulu.”

Dato’ Othman juga menjelaskan kepentingan untuk memulakan perubahan daripada individu itu sendiri, ini kerana orang yang lemah semangat akan sukar menyampaikan mesej kepada orang lain

“Kita mulakan dengan diri kita, kita sedar dan kita terus buat. Kalau saya lemah semangat macam mana nak suruh orang lain buat.”

Dalam pada itu, demi menjelaskan kepentingan ayat-ayat suci Qur’an yang ada pada dinding masjid itu sebelum ini.

“700 tahun Andalusia … masjid jadi gereja, jadi pub. Ayat Quran di dinding dikekalkan…Kalau kedaulatan sudah hilang, apa akan jadi?”

Dato’ Othman turut menegaskan kepentingan menjana perubahan kepada masyarakat, sekiranya tidak ingin menjadi punca kegagalan negara pada masa hadapan.

“Kalau kita gagal anak cucu kita akan salahkan kita. Ini semua salah tok nenek moyang dulu!”

Comments