Home Tempatan Umat Islam Sambut Aidiladha Dengan Penuh Kesyukuran

Umat Islam Sambut Aidiladha Dengan Penuh Kesyukuran

SHARE

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesederhanaan namun meriah.

Sambutan Aidiladha dimulakan sejak awal pagi dengan umat Islam memenuhi masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam mentaati perintah Allah S.W.T.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang diperintah Allah S.W.T. agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah S.W.T. dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Korban, masyarakat Islam tidak lupa untuk menunaikan ibadah korban selepas selesai solat sunat Aidiladha apabila beratus-ratus ekor lembu, kerbau dan kambing dikorbankan di masjid-masjid, surau-surau, kampung-kampung dan juga taman-taman perumahan yang terletak di kawasan bandar.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Bernama

Comments