Home Tempatan Umat Islam Kini Berdepan Ancaman Baru – Tuan Suratemi bin Mat Yusoff

Umat Islam Kini Berdepan Ancaman Baru – Tuan Suratemi bin Mat Yusoff

SHARE

Tumpat, Kelantan: Penolong Pengarah Kanan Dakwah Tarbiah JAHEAIK, Tuan Suratemi bin Mat Yusoff menyatakan terdapat empat jenis ancaman semasa Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu ancaman Komunis, ancaman penyakit berjangkit, masalah kemiskinan dan masalah kadar buta huruf yang tinggi dalam siri jelajah Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 yang pada siri hari ini diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, Kelantan.

“Semasa Malaysia nak capai kemerdekaan, ada empat ancaman yang perlu diatasi oleh Kerajaan pada masa itu. Yang pertama ancaman Komunis, yang kedua ancaman penyakit berjangkit, yang ketiga masalah kemiskinan dan keempat masalah kadar buta huruf yang tinggi,” kata beliau.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Seterusnya beliau menambah, “Empat ancaman ini telah selesai. Kini, kita ada ancaman baru iaitu ancaman gejala sosial seperti maknyah, pondan yang menggugat agama.”

“Kerajaan kita berusaha sedaya upaya, semakin hari semakin mencabar. Mujur ada IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) buat kajian berkenaan hal-hal sebegini,” ujarnya lagi.

Tuan Suratemi menyatakan bahawa siri DIPKI 2018 ini sedikit sebanyak sebagai usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

“Kita perlu bersatu untuk mendaulatkan Islam ini supaya berada di puncak,” tegas beliau dengan penuh bersemangat.

Comments