Home Antarabangsa Umat Islam juga mangsa keganasan

Umat Islam juga mangsa keganasan

SHARE

NEW DELHI: Penasihat Keselamatan Afghanistan berkata, mengaitkan keganasan dengan Islam tidak sesuai sama sekali kerana mereka juga berhadapan penderitaan di tangan pengganas dan terpaksa berkorban untuk mengatasi keganasan.

Hanif Atmar berkata, rantau Asia Selatan termasuk Afghanistan, Pakistan dan India, paling menjadi tumpuan pengganas terancang berbanding mana-mana kawasan di seluruh dunia.

Atmar berkata, negaranya kehilangan 10,500 rakyat yang menjadi korban keganasan sejak 14 bulan lalu, dengan purata 28 terbunuh setiap hari.

Beliau berkata demikian hari ini pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia yang diadakan di New Delhi tahun ini.

Menteri Pertahanan India, Manohar Parrikar, berkata reaksi global untuk menangani masalah keselamatan seperti itu perlu datang dari Asia sendiri kerana rantau itu paling teruk terjejas akibat keganasan. – AP

Berita Harian

 

Comments