Home Tempatan UEC perlu ikut sistem pendidikan negara

UEC perlu ikut sistem pendidikan negara

SHARE

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tidak ada cara untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disebatikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf oleh kerajaan selain daripada mendukung sistem pendidikan negara itu sendiri.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pro­f. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, ini bermakna para pelajar sekolah persendirian Cina tiada pilihan lain sebaliknya perlu mengikuti kurikulum nasional yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya, hakikat itu harus dite­rima memandangkan UEC sendiri tidak menggunakan ku­ri­kulum nasional sebaliknya mengikut sistem pendidikan dari negara-negara lain malah tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments