Home Tempatan UEC : Pastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat

UEC : Pastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat

SHARE
Dr. Mohamed Hatta Shaharom (tengah) bersama Abdul Adzis Abas (kanan) serta Abang Sallehuddin Abd Shoekeran ketika sidang akhbar selepas majlis Ramah Mesra Bersama Media di DBP, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 28 Julai – Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom berkata, sekiranya UEC dilaksanakan kerajaan perlu memastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat dan terus dimartabatkan sebagai bahasa utama di negara ini.

Tegasnya, keputusan mengenai UEC juga perlu dibuat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 50) yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments