Home Tempatan Ubah budaya puasa ‘Nujum Pak Belalang’

Ubah budaya puasa ‘Nujum Pak Belalang’

SHARE
KEKALKAN ‘banyak-banyak’ bukan hanya minggu pertama atau kedua, tetapi sehingga akhir Ramadan.

BAGI mereka yang lahir sekitar tahun 60-an hingga 80-an sudah tentu amat kenal dengan dialog teka-teki tersebut. Malah lawak sinis menerusi filem Nujum Pak Belalang itu masih lagi dimainkan hingga kini dan masih menjadi sebutan serta bahan jenaka umum.

Apa tidaknya, perumpamaan yang diilhamkan sejak pertama kali filem itu ditayangkan pada 1959 tidak lapuk ditelan zaman sebaliknya masih bersesuaian dalam konteks hari ini.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Bukan hendak mengupas idea kreatif penghasilan dialog antara pelakon Udo Omar sebagai Ahli Nujum Negeri Masai dengan Tan Sri P. Ramlee selaku Pak Belalang itu, tetapi suka penulis untuk mengaitkan dialog tersebut dengan fenomena yang berlaku sepanjang Ramadan.

Jika jawapan bagi teka teki dalam filem itu adalah perkahwinan, sebaliknya dalam konteks Ramadan ia boleh dikaitkan dengan amal ibadah terutama, tadarus al-Quran dan solat tarawih.

Sebagaimana kelaziman, minggu pertama Ramadan dilihat seperti ‘pesta’ bagi umat Islam tidak kira di mana sahaja untuk berpusu-pusu ke masjid atau surau. Sehinggakan di sesetengah kawasan, pihak surau terpaksa menyediakan khemah dan tikar tambahan bagi menampung jemaah yang ramai. Inilah yang dikatakan ‘satu… banyak-banyak.’

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments