Home Tempatan Turunkan harga mulai Jumaat

Turunkan harga mulai Jumaat

SHARE

PUTRAJAYA 28 Mei – Semua peniaga dikehendaki menurunkan harga barang dan perkhidmatan mulai Jumaat ini berikutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan pada kadar enam pera­tus akan disifarkan manakala pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ditangguhkan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam mene­gaskan, semua peniaga yang berdaftar dengan GST perlu mematuhi penetapan kadar sifar itu dan menyalurkan penjimatan daripada kadar enam peratus yang dikenakan sebelum ini kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga yang seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments