Home Antarabangsa Turki tahan 400 suspek Daesh

Turki tahan 400 suspek Daesh

SHARE

ISTANBUL: Polis Turki menahan kira-kira 400 individu disyaki anggota militan Daesh dalam satu operasi di seluruh negara hari ini dan mereka yang ditahan termasuk sejumlah warga asing dan beberapa perancang serangan. Agensi berita Dogan dan Anadolu melaporkan, seramai 150 suspek ditahan di Sanliurfa, terletak di barat daya Turki, 60 di ibu kota Ankara dan puluhan lain diberkas di beberapa wilayah dari Bursa di bahagian barat sehinggalah ke Bingol di timur negara itu. – AFP

Berita Harian

Comments