Home Antarabangsa Turki mungkin adakan pungutan suara laksana hukuman mati

Turki mungkin adakan pungutan suara laksana hukuman mati

SHARE
ERDOGAN berucap dalam satu perhimpunan di Manisa. - Foto AP

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam memaklumkan kemungkinan mengadakan satu pungutan suara untuk melaksanakan kembali hukuman mati di negara itu.

Kenyataan beliau itu dilakukan hanya beberapa minggu sebelum undian terhadap beberapa perubahan perlembagaan untuk memperluaskan kuasa Presiden.

“Jika perlu, kita mungkin buka laluan untuk satu pungutan suara mengenai pelaksanaan hukuman mati,” kata Erdogan dalam satu perhimpunan di Manisa, barat Turki.

Turki menghapuskan hukuman mati pada 2004, ketika ia berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan pelaksanaan semula hukuman itu dijangka menjadi penghalang untuk menyertai blok negara Eropah. – AFP

Berita Harian

Comments