Home Tempatan Tunjuk Bukti Kristian Murtadkan Melayu – Bishop Paul Tan

Tunjuk Bukti Kristian Murtadkan Melayu – Bishop Paul Tan

SHARE

JOHOR BAHRU: Individu atau kumpulan tertentu telah berulangkali memekik dan menuduh bahawa berlakunya pendakyahan Kristian terhadap umat Islam tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti, dakwa Bishop Paul Tan Chee Ing.

Paul Tan berpendapat bahawa pekikan yang menjengkelkan itu yang kononnya mendedahkan aktiviti Kristianisasi di Malaysia telah mengakibatkan beberapa orang pastor diculik.

“Pekikan itu semakin menjengkelkan dan jika dibiarkan boleh menyebabkan paderi-paderi Kristian ‘hilang’ tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa,” tuduh figura agamawan Kristian itu lagi.

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal Malaysiakini yang berjudul “Bishop decries ‘ban evangelicals’ call as symptomatic of the times” baru-baru ini.

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu berkata, “Berulang-ulang kali telah kita lihat individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu memekik berkenaan tuduhan pendakyahan Kristian terhadap umat Islam.”

“Setakat saya ingat, tidak pernah hatta sekali pun kumpulan-kumpulan ini membuktikan dakwaan mereka,” tambah beliau lagi.

Paderi yang pernah menuduh Islam sebagai agama gila kuasa yang menindas golongan bukan Islam itu meneruskan, “Namun pekikan tersebut tidak pun reda. Malah, ia semakin bertambah menjengkelkan dan tidak rasional sehinggakan tidak dapat tidak, seseorang menyimpulkan bahawa ia berpunca dari ketidakyakinan diri yang nampaknya hampir tidak boleh diubati lagi.”

Paul Tan juga berpendapat bahawa yang sebenarnya menjadi ancaman kepada umat Islam di negara ini adalah penganut agama Islam itu sendiri.

Menurutnya lagi, “Ketidakyakinan diri yang telah berakar umbi yang hanya boleh dihapuskan oleh penganut agama Islam yang sedar bahawa tiada ancaman yang lebih besar terhadap agama mereka berbanding dengan apa yang sebilangan umat Islam lakukan atas nama iman mereka.”

Bishop Paul juga menuduh sentimen umat Islam yang mendesak supaya dihentikan pendakyahan agama Kristian ini, “boleh membangkitkan suasana dimana paderi-paderi Kristian boleh dijadikan ‘hilang’ tanpa dapat dikesan oleh pihak yang berkuasa.”

Menurut artikel tersebut beliau merujuk kepada kes kehilangan Hilmy Haji Mohd Nor, atau lebih dikenali sebagai Joshua Hilmy, seorang paderi Melayu yang telah murtad dan memeluk agama Kristian, sebelum ini begitu aktif mempromosikan aktivitinya mengkristiankan orang Melayu di laman Facebook beliau.

Aktiviti pemurtadan Melayu-Islam secara komersil bukan lagi asing di negara ini, laporan Kertas Putih Parlimen 1988, “Kertas Perintah 14, Tahun 1988, Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara” telah mendedahkan aktiviti Kristianisasi umat Melayu-Islam oleh Jamaluddin Othman di bawah pimpinan Philip Cheong Ah Kow yang berpusat di First Baptist Church, Petaling Jaya.

Masyarakat Muslim Malaysia amnya masih lagi terkesan dengan kes pemurtadan Lina Joy atau Azlina Jelani yang telah dimurtadkan dan dibaptiskan oleh gereja tempatan.

Dan yang terbaru, pendedahan mengenai aktiviti Kristianisasi pemurtadan keluarga-keluarga Melayu-Islam yang dikelolakan oleh paderi Melayu yang telah murtad, Pastor Victor seperti yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berjudul ‘Pendedahan Agenda Kristian’.

Comments