Home Tempatan Tular A355 : Perdana Menteri Diberitakan Tunduk Kepada Desakan Parti Komponen Bukan...

Tular A355 : Perdana Menteri Diberitakan Tunduk Kepada Desakan Parti Komponen Bukan Islam?

SHARE

Kuala Lumpur: Mesej viral terbaru mendakwa Perdana Menteri terpaksa akur kepada bantahan parti-parti komponen Barisan Nasional sedang hangat berlegar di media-media sosial.

Mesej itu kini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam yang rata-rata meletakkan harapan agar Usul Pindaan RUU 355 dapat dibentang dan disokong oleh kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen, terutamanya di kalangan Ahli Parlimen yang beragama Islam.

Mesej yang menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia itu juga menggesa umat Islam supaya segera meminta masjid di seluruh negara bagi mengadakan solat hajat sebagai ikhtiar untuk memartabatkan perundangan syariah negara.

Kebenaran dakwaan mesej itu masih belum disahkan. Akan tetapi mesej tersebut secara tidak langsung telah menambahkan debaran kepada polemik senario RUU 355 di tanah air ini.

Menurut Pew Research Centre, 86% umat Islam di Malaysia menyokong perlaksanaan syariah secara menyeluruh di dalam negara. Jika benar mesej viral ini, maka UMNO telah ditundukkan oleh MCA (7 kerusi parlimen), MIC (4 kerusi parlimen) dan Gerakan (1 kerusi parlimen).

Comments