Home Tempatan Tujuh titik panas dikenal pasti di Sarawak

Tujuh titik panas dikenal pasti di Sarawak

SHARE
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya telah mengesan berlakunya pembakaran terbuka di Sarawak, antaranya di Sibu, Mukah, Betong dan Sri Aman.

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh titik panas di Sarawak serta 121 titik panas di Kalimantan yang menyumbang kepada pencemaran jerebu ke negeri itu sejak hari Selasa.

Pegawai NREB, Peter Sawal berkata, keadaan kering dan panas luar biasa, disusuli tiupan angin dari Kalimantan yang mengarah ke Sarawak menambah buruk situasi jerebu di negeri itu.

“Sehingga semalam, terdapat tujuh titik panas dikesan di Sarawak dan 121 dikesan di Kalimantan. Bacaan IPU untuk bandar seperti Kuching, Samarahan, Serian, Mukah, Bintulu, Sibu, bacaan IPU adalah di paras sederhana di bawah 100.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments