Home Tempatan Tugas Pemimpin Kerajaan Adalah Untuk Menyambung Tugas Nabi – Sheikh Aminuddin Abdul...

Tugas Pemimpin Kerajaan Adalah Untuk Menyambung Tugas Nabi – Sheikh Aminuddin Abdul Rahim

SHARE

Kulim, Kedah: Tugas pemimpin kerajaan adalah penyambung kepada tugas-tugas para Anbiya, begitu tegas Al Fadil Tuan Guru Ustaz Sheikh Aminuddin Bin Abdul Rahim.

Beliau membuat peringatan tersebut apabila bercakap pada acara Deklarasi Itjima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 yang berlangsung hari ini di Dewan Mu’adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah.

“Tugas para pemimpin kerajaan adalah penyambung kepada tugas-tugas para Nabi-Nabi mengikut syarak.”

Beliau juga menegaskan bahawa kepimpinan itu awalnya penghinaan, keduanya penyesalan dan ketiganya kesengsaraan kecuali para pemimpin yang memimpin secara adil.

Comments