Home Antarabangsa Tudung: Identiti Di Luar Negara, Penindasan Di Malaysia

Tudung: Identiti Di Luar Negara, Penindasan Di Malaysia

SHARE

Bintang media sosial dengan lebih daripada 70,000 pengikut di Instagram, Mariah Idrissi, 25 tahun percaya bahawa pemakaian hijab adalah sebahagian daripada lambang identitinya.

Memilih untuk memakai tudung 8 tahun lalu, Mariah yang juga tampil dalam iklan H&M berkata, “Ia (hijab) adalah sebahagian daripada saya dan kerjaya saya. Ia sebahagian daripada identiti saya. Saya lihat media Barat tidak mewakili umat Islam di mana sahaja. Golongan yang saya lihat mewakili (Muslim) adalah tidak baik. Jadi saya mahu berada dalam media dan menggunakan peluang ini melakukan sesuatu yang berbeza.”

Ujarnya lagi seperti yang dilaporkan dalam BBC.com, ramai wanita muda Muslim berasa bangga memakai hijab dan merasa lebih berkuasa dengan memakai hijab.

Menurut Faeeza Vaid daripada Muslim Women’s Network pula, politik memainkan peranan dalam meningkatkan populariti pemakaian hijab.

“Selain alasan (memakai hijab) bagi sesetengah orang termasuklah “kerana agama”, hijab juga adalah sebahagian daripada ekspresi identiti dalam konteks di mana identiti kekitaan mereka yang adakalanya juga dicabar.”

Menjelang tahun 2021, pasaran fesyen Islamik ditetapkan bernilai sebanyak RM1472 billion (£267bn).

Impak pemakaian hijab juga turut wujud dalam arena sukan. Awal tahun ini, jenama terkenal Nike melancarkan hijab edisi lasak mereka yang menampilkan peluncur ais berhijab, Zahra Lari.

Namun sesuatu yang berlawanan sedang mengambil tempat di Malaysia. Aktivis Projek Dialog Maryam Lee bukan sahaja mendakwa kewajipan pemakaian hijab merupakan pandangan yang salah dan bersifat menindas, malah mendakwa pemakaian tudung ke atas kanak-kanak merupakan satu ‘jenayah’.

Terbaru, dia menawarkan bantuan sokongan moral kepada gadis-gadis yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung namun, tersekat dengan ketakutan dan stigma.

Comments