Home Tempatan Tubuh sekretariat bantu Rohingya dalam program kesihatan, pendidikan: Abdul Hadi

Tubuh sekretariat bantu Rohingya dalam program kesihatan, pendidikan: Abdul Hadi

SHARE
SHAH ALAM 15 November 2015. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. NSTP/Roslin Mat Tahir.

PUTRAJAYA, 16 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kesatuan Ulama Islam Sedunia hari ini menggesa negara-negara Islam menubuhkan sekretariat untuk menyelaras program pembangunan kesihatan dan pendidikan bagi masyarakat minoriti Islam, khususnya Rohingya.

Naib Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekretariat itu boleh dipengerusikan oleh Kuala Lumpur dan di bawah naungan kerajaan Malaysia semasa  penubuhannya.

“Program pembangunan dalam pendidikan dan kesihatan adalah amat penting kerana kebanyakan etnik Rohingya, terutama kanak-kanak tidak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sempurna.

“Di tengah-tengah persekitaran antarabangsa yang semakin kompleks, kita berharap usaha ini akan membuahkan hasil dan dengan itu dapat mengurangkan penderitaan masyarakat Rohingya,” kata beliau ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Rohingya, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Abdul Ghaffar Aziz.

Sementara itu, Abdul Hadi menggesa kerajaan Myanmar untuk menghentikan keganasan terhadap etnik Rohingya dan membenarkan mereka menjalani kehidupan  seperti kumpulan etnik lain di negara itu.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia, International Federation for Relief and Development (FRD) dan Yayasan Amal Malaysia.

Bertemakan nasib Rohingya: Mencari Penhyelesaian, persidangan tersebut  dianjurkan untuk memahami sejarah Rohingya, mengenal pasti masalah dan penyelesaian. – Bernama

Comments