Home Tempatan Tubuh jawatankuasa pantau indeks syariah negeri

Tubuh jawatankuasa pantau indeks syariah negeri

SHARE

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Jabatan Agama Islam seluruh negara menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau Indeks Syariah negeri masing-masing agar penilaian prestasi pentadbiran negara daripada perspektif Maqasid Syariah lebih mudah difahami.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu juga  mampu  membantu dalam meluaskan perlaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang mencakupi pelbagai aspek yang lengkap untuk dijadikan panduan dan amalan sebagai sebuah negara Islam.

“Indeks Syariah Malaysia ini merupakan pendekatan ikhlas untuk menilai setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian meliputi aspek ekonomi, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.

Dengan tertubuhnya jawatankuasa khas di setiap negeri, kita percaya ianya mampu memberi penjelasan yang lebih dekat kepada seluruh masyarakat di negeri itu bahawa Indeks Syariah Malaysia ini tidak hanya memfokuskan soal nikah kahwin dan perwarisan harta sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat negeri yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar di Ayer Keroh di sini hari ini.

Othman berkata fasa pertama Indeks Syariah Malaysia dua tahun lepas ialah memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai Maqasid Syariah manakala fasa kedua yang bermula tahun ini merupakan fasa pembudayaan atau pelaksanaan konsep Indeks Syariah ke dalam dasar sedia ada.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments