Home Tempatan Tsunami Melayu rugikan Islam – Mufti Pahang

Tsunami Melayu rugikan Islam – Mufti Pahang

SHARE

Tsunami Melayu dilarang kerana akan menyebabkan orang Melayu-Islam berpecah hingga boleh membawa keuntungan besar kepada politik bukan Islam, kata mufti Pahang.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata perkara-perkara yang boleh merugikan orang Islam termasuk dari segi kuasa politik perlu ditinggalkan, lapor Utusan Malaysia.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Tsunami Melayu, apa tujuannya? Untuk memecahbelahkan orang Melayu? Tak baguslah begitu. Hal ini dilarang agama kalau kita dah tahu berlakunya perpecahan seperti merebut kuasa hingga merugikan orang Melayu dan agama.

“Tak boleh kita berkawan dengan bukan Islam sehingga tinggalkan orang Islam (sebagai sekutu). Ia dilarang agama. Kalau tidak mengendahkan apa yang terkandung dalam al-Quran ini, tunggulah azabnya,” beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Malaysiakini

Comments